Saturday, 24 November 2018

CONTRACTION TAU BUKAN CONSTRUCTION!! HAHA



Assalamualaikum..Dah lama nyna tak update blog ni ..
Kalau rumah yang ditinggalkan  mesti dah penuh dengan sarang labah-labah..Kali ni nyna rasa nak bercerita macam mana sakitnya contraction sebelum nak bersalin mengikut pengalaman nyna. Pada wanita yang pernah rasa mesti macam trauma sekejap.(Trauma yang melanda,menikam nikam jiwa) eh ternyanyi lagu elite pulak. haha .Sebut je mengandung  lagi mesti krik.krik.krik . Hahaha.. Tapi kalau ALLAH dah tentukan rezeki anak buat kita..Kita kena terima.. Tapi rancanglah dengan sebaiknya walaupon kita tahu anak itu pembawa rezeki..

Nyna excited sangat masa mengandung buat pertama kali..Hari2 sebok dok google apa yang boleh makan and apa yang kita tak boleh makan masa mengandung ni.. Daripada 4w tau nyna mengandung sampai 39w masih excited..Tu belom jumpa kawan- kawan dok tanya sakit contraction tu macam mana. Biasa la kalau mengandung ni banyak ujian. Berbeza-beza ujian . Ada yang mual,muntah trimester1,muntah dari trimester 1hingga trimester 3, ada yang kandungan bermasalah. Bila diuji tu kena kuatkan mental. banyak membaca untuk cari jalan macam mana nak hadapi fasa-fasa diuji sebegitu..Andai kata tak boleh minum susu,nanti muntah. So, cari alternatif lain makan supplement yang kaya dengan kalcium..Bakal-bakal ibu yang tak ada ilmu,kena tambahkan ilmu supaya kita boleh jaga kandungan kita dengan baik sehingga selamat dilahirkan..

Pengalaman nyna macam orang lain jugak..Ujian demi ujian kita kena kuat...Macam mana kita nak besarkan anak kita ,kalau kita sebagai ibu tak kuat.. Start trimester 2 nyna diuji.. Ujian tu pada nyna,bukan pada kandungan.. So, ulang alik la ke klinik O&G.. Keluar masuk hospital.. Nyna tak alami morning sickness atau mual-mual... Asyik nak makan benda-benda manis. Coklat,kek,ais cream nasib baik nyna tak ada kencing manis..

Trimester demi trimester kandungan pon tiba la ke 39w3d.. Dah nak dekat due lagi la kita risau takut terberanak kat office.. Banyakkan membaca pasal tanda2 nak bersalin.. Anak first mesti tak ada pengalaman, kalau tak membaca untuk tambah ilmu memang mati kutu.. Masa tu kat office..nyna ke tandas check la kan..dah hujung-hujung kandungan mesti kena cek..tgok kat panty liner macam keluar lendir +darah.. nyna pon wassap sistor nyna..time tu dia tengah pantang..dia bersalin awal sebulan la dari nyna..anak kami sebaya..sistor pon bagi tau, tak payah gesa-gesa sebab tu tanda-tanda awal la nak bersalin selagi baby masih bergerak and xde tanda yang mencurigakan.. . Kawan office dah risau kalau-kalau nyna bersalin kat office..hahaha..esoknya pon nyna still kerja lagi..and still keluar lendir +darah..Bagi tahu kat husband la..and kami decide kang balik kerja baru pergi hospital..Balik kerja tu siap-siap mandi,bawak barang yang perlu untuk ke hospital.. Nasib la masa tu husband kerja pagi..kira malam tu terus pergi Hospital..


Sampai hospital biasa la kena ikut procedure..check-check kena pakai uniform pink..tak rasa sakit pon..masa tu ada yg cek bukaan dh 2cm...macam biasa la dduk kat kerusi sampai pagi..time datang hospital tu pukul 9malam macam tu..sempat pergi makan nasi ayam dulu sebab sebelum sebelum ni nyna ada goggle better makan siap-siap kang lapar la apa la..hahaha..dah subuh tu dapat la wad..sebelum pergi wad tu macam rasa air ketuban tu meleleh..ada la doct cek..lepas dpat roti dengan air coklat tu..tetiba nama kena panggil naik wheel chair bawak masuk labour room.. I is terkejut.. hahaha.. Tak sakit wey tetiba kena tolak masuk LR.. Nyna kena induce rupaya.. Ada la sebab di induce tu.. Jururawat tu kata doct tak payah pecahkan air ketuban nanti lagi sakit.. Doct tu pecahkan jugak.. Pukul 8pagi segalanya bermula.. Pakai ctg utk denyutan jantung baby.... Induce drip uolsss..sape pernah kena je tau sakitnya ya ampun...mula-mula tu masih tahan lagi..lama-lama ALLAH je tau sakitnya.. Tulang2 kat punggung tu macam kena patahkan.. 8am-2.46pm nyna hadap contraction tu.. nurse suruh sedut gas(tak ingat gas apa) mamai uolsss.. mamai + sakit.. Lepastu  hospital plak bg 2x drip induce tu.. Datang doct pakar marah doct biasa.. Jawapan doct tu doct satu lagi yg arahkan.. Doct pakar kata saya pakar ke dia pakar.. Ni melibatkan nyawa. Doct pakar pon mintak maaf kat husband nyna sebab perkara tu.. Dengar doct kata kalau pukul 3 tak bersalin kita buat cara lain . Masa tu dengar suara je.. Mata pon xboleh nak buka,dah tahap 300% sakit tu.. Sakit non stop.. Lepas sakit.. Sakit lagi.. Sakit lagi.. Ingat mati je.. Laki nyna dengan satu malam tak tido jugak, pon  dah melepek kat tepi tu..Dia tanya sakit ke..Nyna nak jawab pon tak boleh, sebab sakit sangat sangat sangat..

Lepas dengar doct cakap kalau pukul 3 tak bersalin,buat cara lain  tiba-tiba sakit ya amat sampai nyna terjerit buat pertama kali ...Ssssakitttttt... Burrrrr semua masuk  bilik nyna... Tengok.. Cek baru 7cm..dy kata boleh la..ramai sangat yang tolong masa tu..semua dok tekan-tekan perut nak bagi baby keluar.. Sebab nyna pon dah tak ada tenaga.. Lepas semua bantu,keluar la baby dengan darah tepercik semua.. Tapi kesian baby kepada bengkak sebab nyna teran2 awal sebab tak tahan sakit sesangat... maaf sayang.. Mama pon tak boleh nak buat apa sakit sangat, memang rasa nak bersalin padahal baru 2cm...

Akhirnya terjawab semua persoalan yang nyna fikir selama ni. Macam mana rasa nak bersalin.. Di induce sakit..sakit..sakit.. Sakit yang tak pernah ku rasa seumur hidup aku.. Lepas bersalin 2.46pm tu sampai 11pm  aku kat labour room .. Yes nak jahit bawah tu pon sakit..bius dah tak ada.. tahan punya tahan.. nyna tertidur.. sampai doct and jururawat kejut nyna sebab nyna tidur.. penat+sakit+trauma ...huhuhu... last jururawat n doct yang bantu nyna tu mohon maaf kalau ada terkasar sepanjang nyna kat labour room... terima kasih sangat pada mereka.. tanpa mereka semua nyna tak akan dapat lahirkan anak walaupon mereka ada lakukan kesilapan yang nyna rasa macam tak masuk akal.. Mungkin kalau sakit tanpa induce , sakit tu berperingkat... Kalau induce sakit je non stop..

So, nyna rasa yang tengah pregnant atau yang akan berkahwin cari ilmu untuk persediaan menghadapi contraction..Tak boleh redah je.. Sikit sebanyak kena ada ilmu .. So tu jela pengalaman nyna sepanjang contraction..ada sikit sebanyak hal yang nyna tak boleh kongsikan.. sebab kekadang ada sesuatu yang kita rasa terlalu peribadi untuk dikongsikan pada anda..Pada bakal ibu yang tengah hamil, nyna doakan semoga urusan anda dipermudahkan.. Jangan lupa mintak maaf pada semua orang sebelum bersalin , mintak semua orang doakan semoga semasa bersalin nanti dipermudahkan..
ok guys...insyallah nyna cuba share-share apa yang yang boleh dikongsikan pada anda secara umum selepas ni supaya memberi manafaat dan 1001 kebaikan.... Doakan nyna & family sihat ya..

Assalamualaikum..









Continue Reading

Friday, 20 July 2018

Wednesday, 25 April 2018

LOST WORLD OF TAMBUN BEST



Assalamualaikum..entry kali ni saya nak kongsikan percutian saya dan keluarga ke Lost World Of Tambun , di Ipoh Perak. Tidak dinafikan Bandaraya Ipoh mempunyai tarikan yang tersendiri. Pada saya Ipoh mempunyai kecantikan dari segi Alam semulajadi iaitu yang dikelilingi gunung ganang daripada batu kapur  dan seni bina bangunan lama di pekan ipoh . 



.
.
.
.
.



Taman Tema Lost World Of Tambun adalah taman tema yang menghimpunkan pelbagai permainan mencabar dan menyeronokkan yang bakal menguji daya ketahanan dan tahap keberanian anda. Di sini terdapat beberapa zone yang dibahagikan meliputi  ; 

Petting Zoo
Tiger Valley
Tin Valley
Water Park
Amusement Park
Hot Spring & Spa 
Team Building Park 

yang menawarkan tahap keseronokan dan cabaran yang tersendiri, sangat sesuai untuk anda yang ingin melakukan pelbagai aktiviti sama ada untuk bersantai atau mencabar keberanian diri sendiri!

.
.
.
.
.
.


Terletak di Sunway City Ipoh, Tambun, Lost World Theme Park merupakan tarikan cukup popular yang bakal menjadikan kunjungan anda penuh dengan pengalaman yang cukup menarik. Dikelilingi oleh gunung batu kapur yang berusia 400 ribu tahun, mempunyai kolam air panas yang tersendiri merupakan lokasi wajib dikunjungi sekiranya korang mencari lokasi percutian berkonsep eco-adventure.  Taman ini juga terbuka untuk semua orang, tanpa mengira umur kerana terdapat pelbagai jenis permainan basah dan kering yang disediakan di sini mengikut tahap peringkat umur, kebolehan dan kesesuaian para pengunjung.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.


.
.
.
.
.
.


.
.
.
.


.
.
.


.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

Jika anda ingin berkunjung ke Lost world Of Tambun berikut adalah alamat dan waktu beroperasi untuk dirujuk 

Alamat :
No 1, Persiaran Lagun Sunway 1,
 Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Email : lostworldoftambun@sunway.com.my


Waktu Beroperasi :
Weekdays : 11.00 am - 6.00 pm
weekeds    : 10.00 am - 6.00 pm


Waktu Beroperasi Malam
Isnin - Ahad : 6.00 pm - 11.00 pm




Continue Reading

BUAH-BUAHAN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL


Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat untuk keperluan dirinya sejak awal kehamilan supaya ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik. Pengambilan buah yang baik untuk ibu hamil sangat penting kerana ia merupakan makanan semulajadi yang kaya  kandungan zat yang bermanfaat. 

Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga memberikan sistem keimunan yang lebih kuat. Buah buahan juga adalah sumber vitamin c yang penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi dan juga asid folik yang membantu mencegah kecacatan janin.

Serat atau fiber yang kaya di dalam buah buahan membantu ibu hamil untuk mengatasi beberapa masalah seperti sembelit dan terbentuknya buasir. Berikut kami berikan beberapa buah yang baik untuk ibu hamil beserta dengan manfaatnya

1. Aprikot

Aprikot merupakan buah import yang sedap dan tergolong sebagai buah berbiji. Kebiasaannya buah aprikot segar sukar dibeli di Malaysia. Buah ini mungkin tidak popular di Malaysia namun cukup popular di negara barat seperti Amerika. 


Tetapi jangan bimbang, buah aprikot masih boleh diperolehi di Malaysia dalam bentuk kering.
Kajian terkini telah menunjukkan biji buah aprikot mempunyai khasiat untuk mencegah penyakit kanser.


Disini kami sertakan beberapa manfaat dari aprikot bagi ibu hamil antara lain:

1.     Buah aprikot kaya dengan vitamin A, C, E, Beta Carotene, fosforus, Silikon, Kalsium, zat besi, dan Potassium.
2.     Aprikot mengandung semua khasiat penting yang akan membantu perkembangan bayi dalam rahim ibu.
3.     Aprikot kaya dengan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah dan mencegah anemia.
4.     Sangat digalakkan untuk puan untuk makan 3 ke 4 biji aprikot setiap hari untuk keperluan anda semasa mengandung.


2. Anggur

Apa pula manfaat buah anggur untuk ibu hamil? Selain warnanya yang menarik dan rasanya yang sedap, anggur sangat bagus untuk ibu mengandung. 

Terdapat pelbagai cara pengambilan anggur seperti dimakan segar, dibuat jus, dikeringkan dan dimakan sebagai kismis, dan lain-lain. Beberapa manfaat dari anggur untuk wanita mengandung ialah:

1.     Anggur mengandung banyak nutrisi ibu hamil penting seperti glukosa, fruktosa, pholbaphene, asam galic, asam silicic, asam oxalic, pektin, magnesium, kalsium, besi, asid folik, dan vitamin B1, B2, B6, B12, A, C, P, PP, dan K.
2.     Anggur juga kaya akan enzim yang penting bagi tubuh ibu hamil dan janin anda di dalam kandungan.



3. Kurma

Buah kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi seribu satu khasiat kita terutama sekali ibu hamil.


Rasulullah SAW ada diriwayatkan 


Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan.HR Muslim (no: 2046).

Masyarakat kita sangat sinonim memakan kurma hanya pada bulan Ramadhan. Insyaallah, ada keberkatannya jika kita amalkan selalu.Kurma tergolong dalam kategori makanan superfood sehingga dikatakan manusia boleh hidup hanya dengan makan kurma dan air sahaja.Kandungannya yang kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan oleh ibu serta bayi dalam kandungan.


Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.


Beberapa manfaat kurma untuk ibu hamil antara lain:

1.   Mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga – Semasa puan hamil, memang mudah terasa letih. Gula di dalam kurma sedia untuk tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan puan dan janin.
2.   Membekalkan protein yang menyokong pembesaran tubuh – Badan puan memerlukan protein yang banyak semasa hamil. Apabila perut bertambah besar, protein digunakan untuk membina tisu baru & sebarang perubahan tubuh termasuk regangan kulit.
3.   Kaya serat yang baik untuk sistem penghadaman. mengatasi masalah sembelit –  Usus puan semasa hamil lebih cekap menyerap air. Ini menyebabkan sembelit. Serat dalam kurma membantu puan lawas dan juga mengurangkan paras kolesterol.
4.   Sumber asid folik yang membantu pembentukan sel baru & mengurangkan risiko kecacatan saraf pada janin (Sangat penting)-Makanlah ia sejak dari puan merancang kehamilan untuk pembesaran janin yang sihat di dalam kandungan.
5.   Sumber Vitamin K untuk mengelakkan darah beku yang di sebabkan oleh kekurangan vitamin K. Darah beku yang serius boleh keguguran bayi didalam kandungan.
6.   Membekalkan zat besi yang meningkatkan imuniti ibu & bayi – Membentuk hemoglobin, yang berfungsi mengangkat oksigen ke sel di seluruh badan dan mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan keguguran.
7.   Sumber Kalium yang baik berfungsi mengawal tekanan darah, fungsi hati dan saluran pencernaan yang sihat. Kalium juga mengelakkan kegagalan buah pinggang.
8.   Membekalkan Magnesium yang membantu perkembangan gigi dan tulang yang kuat. 
9.   Memakan kurma semasa hamil membantu mencengkam rahim ketika kelahiran.
10. Menguatkan lagi urat-urat rahim pada trimester ketiga kehamilan. 
11. Membantu memudahkan kelahiran. 
12. Mengurangkan risiko tumpah darah.
13. Rahim yang lebih sihat.

4.Ceri 

Merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Warna merahnya yang cantik sangat menarik.
  Terdapat banyak lagi manfaat buah ceri untuk ibu hamil seperti:

1.     Semasa kehamilan, seorang ibu memerlukan vitamin C yang cukup untuk meningkatkan keimunan terhadap penyakit berjangkit seperti bahaya selesema dan banyak lagi. Penggunaan antibiotik sangat berbahaya semasa hamil. 
2.     Memakan ceri semasa hamil juga akan membekalkan darah yang cukup daripada ibu kepada anak di dalam rahim melalui tali pusat / plasenta.
3.     Ceri mengandung melatonin, sejenis hormon antioksidan yang membantu untuk merangsang pertumbuhan sel sepanjang kehamilan dan menjadikan emosi ibu lebih stabil.
4.     Terdapat kajian menunjukkan khasiat melatonin dalam membantu ibu untuk tidur lebih nyenyak kerana khasiat anti tekanan.


5. Jambu batu


Jambu batu adalah buah tropika yang sedap di makan ketika sejuk. Kaya dengan vitamin c untuk ibu hamil . Khasiat jambu batu dapat langsung diperolehi dengan memakannya  dengan segar atau mengisarnya menjadi jus.Sangat lazat diminum bersama serbuk asam boi. 

Beberapa kebaikan buah jambu batu untuk ibu hamil ialah:

1.     Jambu batu membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh yang kuat dan mengawal tekanan darah semasa puan mengandung
2.     Sumber vitamin C, vitamin E yang baik Jambu batu membantu proses pencernaan dan akan memberikan kekuatan untuk pertumbuhan sistem saraf bayi.

6. Kiwi

Kiwi tergolong dalam kategori buah citrus yang kaya dengan vitamin c dan bukan buah tempatan. Di Malaysia mudah untuk membelinya di supermarket. 

Beberapa kebaikan buah kiwi untuk ibu mengandung:

1.     Kiwi membekalkan khasiat penting seperti vitaminA, C, E, Kalium, fosforus, magnesium, asid    folik, dan serat.
2.     Buah Kiwi baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia.
3.     Kiwi membantu menguatkan puan agar terhindar daripada batuk batuk, demam, dan selesama      semasa mengandung.
4.     Buah ini mengurangkan kemungkinan darah membeku karena mengandung vitamin K dan          fosforus
5.     Buah kiwi mengandungi vitamin c yang membantu penyerapan zat besi

7. Epal

Buah epal bukan sahaja rangup dan sedap dimakan malah ia sangat bagus untuk puan semasa hamil. 

Beberapa manfaat buah Epal untuk ibu hamil antara lain :

1.     Epal meningkatkan immunisasi ibu dan bayi
2.     Epal mampu mengurangkan risiko selesema, asma, dan ekzema pada anak-anak selepas hamil    jika ibu memakannya Epal sepanjang kehamilan
3.     Epal kaya akan vitamin A, E, D, dan zink

Terdapat pelbagai cara memakan buah Epal, semasa segar atau menjadikannya sebagai jus yang dibuat sendiri.Ibu mengandung digalakkan untuk makan Epal segar atau jus buatan sendiri kerana ia tanpa tambahan gula yang tidak diperlukan.

8. Mangga

Buah Mangga merupakan antara buah kegemaran ramai terutama untuk ibu mengandung.
Kebanyakan wanita yang baru hamil gemar memakan mangga muda untuk menghilangkan rasa mabuk loya / Morning sickness di awal kehamilan. Rasa masamnya mengurangkan muntah muntah kerana mabuk mengandung.


Beberapa kebaikan buah mangga untuk ibu hamil ialah:

1.   Mangga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, mengurangkan sembelit dan          menyembuhkan jangkitan kecil.
2.   Mangga mengandungi gula semulajadi yang sihat untuk tubuh.
3.   Buah Mangga mengandungi flavonoid seperti alpha carotene, beta carotene, dan beta  cryptoxanthin untuk perkembangan bayi yang sihat.
4.   Mangga mengandungi folat, copper, dan kalium yang baik untuk kesihatan ibu hamil. Kalium membantu keseimbangan cecair dan elektrolit dalam tubuh. Ibu hamil yang kekurangan kalium akan mengalami kejang / kram.

9. Strawberi

Strawberry merupakan buah yang sangat digemari oleh golongan muda di Malaysia. Rasanya yang masam manis bersitrus digemari ibu mengandung. Mungkin atas sebab yang sama memakan mangga muda. Bagi menghilangkan loya.Strawbery kerap dijadikan hiasan untuk kek kerana warnanya yang merah berseri. 
Antara kebaikan strawberri bagi ibu mengandung ialah :

1.     Strawberi mengandungi banyak vitamin dan serat untuk keperluan tubuh.
2.     Strawberry Membekalkan asid folik yang cukup tinggi yang sangat penting untuk ibu hamil.
3.     Mineral yang terkandung didalam strawberi seperti mangan dan potasium membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat pada janin.

10. Tembikai

Buah Tembikai adalah buah yang digemari ramai kerana rasanya yang manis dan mengandungi banyak air. 

Beberapa kebaikan Tembikai untuk ibu hamil ialah :

1.   Buah ini kaya dengan mineral dan serat yang baik untuk sistem penghadaman & kesihatan tubuh.
2.   Khasiat buah ini pada ibu mengandung dapat membantu mengatasi loya dan mual-mual alahan hamil terutama pada trimester pertama.
3.   Tembikai membantu mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki, kejang otot, dan memelihara keseimbangan bendalir di dalam badan.


12. Pisang


Pisang adalah antara makanan paling bagus untuk ibu mengandung. Khasiat terbaik pisang dapat diperolehi dengan memakannya terus atau mengisarnya menjadi jus tanpa memasaknya. Potongan pisang segar ke dalam oat, salad atau bijirin semasa sarapan pagi, atau untuk hidangan yang sangat berkhasiat.

Beberapa kebaikan buah pisang untuk ibu mengandung ialah:
1.   Sumber asid folik, vitamin C, B6, potasium, magnesium, dan lain-lain.
2.   Asid folik didalam pisang berfungsi untuk mengurangkan risiko janin dari cacat sistem saraf.
3.   Vitamin B6 mengawal paras mineral natrium dalam darah dan mencegah mual-mual dan loya semasa mengandung.
4.   Potasium memastikan wanita mengandung  terhindar dari serangan angin ahmar.
5.   Pisang kaya dengan sumber tenaga segera untuk kegunaan tubuh ibu mengandung.


12. Buah delima

Buah delima merupakan buah yang sangat baik untuk ibu hamil. Buah ini ada disebutkan didalam alquran dan pastinya ia penuh dengan keberkatan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa.  Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya.  Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 

Beberapa kelebihan buah delima bagi ibu hamil ialah:
1.   Buah delima kaya dengan tenaga, kalsium, asid folik, zat besi, protein, dan vitamin C
2.   Buah delima kaya dengan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dan memelihara ibu hamil dari serangan penyakit yang disebabkannya.


Continue Reading