Wednesday, 25 April 2018

BUAH-BUAHAN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL


Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat untuk keperluan dirinya sejak awal kehamilan supaya ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik. Pengambilan buah yang baik untuk ibu hamil sangat penting kerana ia merupakan makanan semulajadi yang kaya  kandungan zat yang bermanfaat. 

Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga memberikan sistem keimunan yang lebih kuat. Buah buahan juga adalah sumber vitamin c yang penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi dan juga asid folik yang membantu mencegah kecacatan janin.

Serat atau fiber yang kaya di dalam buah buahan membantu ibu hamil untuk mengatasi beberapa masalah seperti sembelit dan terbentuknya buasir. Berikut kami berikan beberapa buah yang baik untuk ibu hamil beserta dengan manfaatnya

1. Aprikot

Aprikot merupakan buah import yang sedap dan tergolong sebagai buah berbiji. Kebiasaannya buah aprikot segar sukar dibeli di Malaysia. Buah ini mungkin tidak popular di Malaysia namun cukup popular di negara barat seperti Amerika. 


Tetapi jangan bimbang, buah aprikot masih boleh diperolehi di Malaysia dalam bentuk kering.
Kajian terkini telah menunjukkan biji buah aprikot mempunyai khasiat untuk mencegah penyakit kanser.


Disini kami sertakan beberapa manfaat dari aprikot bagi ibu hamil antara lain:

1.     Buah aprikot kaya dengan vitamin A, C, E, Beta Carotene, fosforus, Silikon, Kalsium, zat besi, dan Potassium.
2.     Aprikot mengandung semua khasiat penting yang akan membantu perkembangan bayi dalam rahim ibu.
3.     Aprikot kaya dengan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah dan mencegah anemia.
4.     Sangat digalakkan untuk puan untuk makan 3 ke 4 biji aprikot setiap hari untuk keperluan anda semasa mengandung.


2. Anggur

Apa pula manfaat buah anggur untuk ibu hamil? Selain warnanya yang menarik dan rasanya yang sedap, anggur sangat bagus untuk ibu mengandung. 

Terdapat pelbagai cara pengambilan anggur seperti dimakan segar, dibuat jus, dikeringkan dan dimakan sebagai kismis, dan lain-lain. Beberapa manfaat dari anggur untuk wanita mengandung ialah:

1.     Anggur mengandung banyak nutrisi ibu hamil penting seperti glukosa, fruktosa, pholbaphene, asam galic, asam silicic, asam oxalic, pektin, magnesium, kalsium, besi, asid folik, dan vitamin B1, B2, B6, B12, A, C, P, PP, dan K.
2.     Anggur juga kaya akan enzim yang penting bagi tubuh ibu hamil dan janin anda di dalam kandungan.



3. Kurma

Buah kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi seribu satu khasiat kita terutama sekali ibu hamil.


Rasulullah SAW ada diriwayatkan 


Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan.HR Muslim (no: 2046).

Masyarakat kita sangat sinonim memakan kurma hanya pada bulan Ramadhan. Insyaallah, ada keberkatannya jika kita amalkan selalu.Kurma tergolong dalam kategori makanan superfood sehingga dikatakan manusia boleh hidup hanya dengan makan kurma dan air sahaja.Kandungannya yang kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan oleh ibu serta bayi dalam kandungan.


Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.


Beberapa manfaat kurma untuk ibu hamil antara lain:

1.   Mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga – Semasa puan hamil, memang mudah terasa letih. Gula di dalam kurma sedia untuk tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan puan dan janin.
2.   Membekalkan protein yang menyokong pembesaran tubuh – Badan puan memerlukan protein yang banyak semasa hamil. Apabila perut bertambah besar, protein digunakan untuk membina tisu baru & sebarang perubahan tubuh termasuk regangan kulit.
3.   Kaya serat yang baik untuk sistem penghadaman. mengatasi masalah sembelit –  Usus puan semasa hamil lebih cekap menyerap air. Ini menyebabkan sembelit. Serat dalam kurma membantu puan lawas dan juga mengurangkan paras kolesterol.
4.   Sumber asid folik yang membantu pembentukan sel baru & mengurangkan risiko kecacatan saraf pada janin (Sangat penting)-Makanlah ia sejak dari puan merancang kehamilan untuk pembesaran janin yang sihat di dalam kandungan.
5.   Sumber Vitamin K untuk mengelakkan darah beku yang di sebabkan oleh kekurangan vitamin K. Darah beku yang serius boleh keguguran bayi didalam kandungan.
6.   Membekalkan zat besi yang meningkatkan imuniti ibu & bayi – Membentuk hemoglobin, yang berfungsi mengangkat oksigen ke sel di seluruh badan dan mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan keguguran.
7.   Sumber Kalium yang baik berfungsi mengawal tekanan darah, fungsi hati dan saluran pencernaan yang sihat. Kalium juga mengelakkan kegagalan buah pinggang.
8.   Membekalkan Magnesium yang membantu perkembangan gigi dan tulang yang kuat. 
9.   Memakan kurma semasa hamil membantu mencengkam rahim ketika kelahiran.
10. Menguatkan lagi urat-urat rahim pada trimester ketiga kehamilan. 
11. Membantu memudahkan kelahiran. 
12. Mengurangkan risiko tumpah darah.
13. Rahim yang lebih sihat.

4.Ceri 

Merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Warna merahnya yang cantik sangat menarik.
  Terdapat banyak lagi manfaat buah ceri untuk ibu hamil seperti:

1.     Semasa kehamilan, seorang ibu memerlukan vitamin C yang cukup untuk meningkatkan keimunan terhadap penyakit berjangkit seperti bahaya selesema dan banyak lagi. Penggunaan antibiotik sangat berbahaya semasa hamil. 
2.     Memakan ceri semasa hamil juga akan membekalkan darah yang cukup daripada ibu kepada anak di dalam rahim melalui tali pusat / plasenta.
3.     Ceri mengandung melatonin, sejenis hormon antioksidan yang membantu untuk merangsang pertumbuhan sel sepanjang kehamilan dan menjadikan emosi ibu lebih stabil.
4.     Terdapat kajian menunjukkan khasiat melatonin dalam membantu ibu untuk tidur lebih nyenyak kerana khasiat anti tekanan.


5. Jambu batu


Jambu batu adalah buah tropika yang sedap di makan ketika sejuk. Kaya dengan vitamin c untuk ibu hamil . Khasiat jambu batu dapat langsung diperolehi dengan memakannya  dengan segar atau mengisarnya menjadi jus.Sangat lazat diminum bersama serbuk asam boi. 

Beberapa kebaikan buah jambu batu untuk ibu hamil ialah:

1.     Jambu batu membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh yang kuat dan mengawal tekanan darah semasa puan mengandung
2.     Sumber vitamin C, vitamin E yang baik Jambu batu membantu proses pencernaan dan akan memberikan kekuatan untuk pertumbuhan sistem saraf bayi.

6. Kiwi

Kiwi tergolong dalam kategori buah citrus yang kaya dengan vitamin c dan bukan buah tempatan. Di Malaysia mudah untuk membelinya di supermarket. 

Beberapa kebaikan buah kiwi untuk ibu mengandung:

1.     Kiwi membekalkan khasiat penting seperti vitaminA, C, E, Kalium, fosforus, magnesium, asid    folik, dan serat.
2.     Buah Kiwi baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia.
3.     Kiwi membantu menguatkan puan agar terhindar daripada batuk batuk, demam, dan selesama      semasa mengandung.
4.     Buah ini mengurangkan kemungkinan darah membeku karena mengandung vitamin K dan          fosforus
5.     Buah kiwi mengandungi vitamin c yang membantu penyerapan zat besi

7. Epal

Buah epal bukan sahaja rangup dan sedap dimakan malah ia sangat bagus untuk puan semasa hamil. 

Beberapa manfaat buah Epal untuk ibu hamil antara lain :

1.     Epal meningkatkan immunisasi ibu dan bayi
2.     Epal mampu mengurangkan risiko selesema, asma, dan ekzema pada anak-anak selepas hamil    jika ibu memakannya Epal sepanjang kehamilan
3.     Epal kaya akan vitamin A, E, D, dan zink

Terdapat pelbagai cara memakan buah Epal, semasa segar atau menjadikannya sebagai jus yang dibuat sendiri.Ibu mengandung digalakkan untuk makan Epal segar atau jus buatan sendiri kerana ia tanpa tambahan gula yang tidak diperlukan.

8. Mangga

Buah Mangga merupakan antara buah kegemaran ramai terutama untuk ibu mengandung.
Kebanyakan wanita yang baru hamil gemar memakan mangga muda untuk menghilangkan rasa mabuk loya / Morning sickness di awal kehamilan. Rasa masamnya mengurangkan muntah muntah kerana mabuk mengandung.


Beberapa kebaikan buah mangga untuk ibu hamil ialah:

1.   Mangga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, mengurangkan sembelit dan          menyembuhkan jangkitan kecil.
2.   Mangga mengandungi gula semulajadi yang sihat untuk tubuh.
3.   Buah Mangga mengandungi flavonoid seperti alpha carotene, beta carotene, dan beta  cryptoxanthin untuk perkembangan bayi yang sihat.
4.   Mangga mengandungi folat, copper, dan kalium yang baik untuk kesihatan ibu hamil. Kalium membantu keseimbangan cecair dan elektrolit dalam tubuh. Ibu hamil yang kekurangan kalium akan mengalami kejang / kram.

9. Strawberi

Strawberry merupakan buah yang sangat digemari oleh golongan muda di Malaysia. Rasanya yang masam manis bersitrus digemari ibu mengandung. Mungkin atas sebab yang sama memakan mangga muda. Bagi menghilangkan loya.Strawbery kerap dijadikan hiasan untuk kek kerana warnanya yang merah berseri. 
Antara kebaikan strawberri bagi ibu mengandung ialah :

1.     Strawberi mengandungi banyak vitamin dan serat untuk keperluan tubuh.
2.     Strawberry Membekalkan asid folik yang cukup tinggi yang sangat penting untuk ibu hamil.
3.     Mineral yang terkandung didalam strawberi seperti mangan dan potasium membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat pada janin.

10. Tembikai

Buah Tembikai adalah buah yang digemari ramai kerana rasanya yang manis dan mengandungi banyak air. 

Beberapa kebaikan Tembikai untuk ibu hamil ialah :

1.   Buah ini kaya dengan mineral dan serat yang baik untuk sistem penghadaman & kesihatan tubuh.
2.   Khasiat buah ini pada ibu mengandung dapat membantu mengatasi loya dan mual-mual alahan hamil terutama pada trimester pertama.
3.   Tembikai membantu mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki, kejang otot, dan memelihara keseimbangan bendalir di dalam badan.


12. Pisang


Pisang adalah antara makanan paling bagus untuk ibu mengandung. Khasiat terbaik pisang dapat diperolehi dengan memakannya terus atau mengisarnya menjadi jus tanpa memasaknya. Potongan pisang segar ke dalam oat, salad atau bijirin semasa sarapan pagi, atau untuk hidangan yang sangat berkhasiat.

Beberapa kebaikan buah pisang untuk ibu mengandung ialah:
1.   Sumber asid folik, vitamin C, B6, potasium, magnesium, dan lain-lain.
2.   Asid folik didalam pisang berfungsi untuk mengurangkan risiko janin dari cacat sistem saraf.
3.   Vitamin B6 mengawal paras mineral natrium dalam darah dan mencegah mual-mual dan loya semasa mengandung.
4.   Potasium memastikan wanita mengandung  terhindar dari serangan angin ahmar.
5.   Pisang kaya dengan sumber tenaga segera untuk kegunaan tubuh ibu mengandung.


12. Buah delima

Buah delima merupakan buah yang sangat baik untuk ibu hamil. Buah ini ada disebutkan didalam alquran dan pastinya ia penuh dengan keberkatan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa.  Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya.  Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 

Beberapa kelebihan buah delima bagi ibu hamil ialah:
1.   Buah delima kaya dengan tenaga, kalsium, asid folik, zat besi, protein, dan vitamin C
2.   Buah delima kaya dengan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dan memelihara ibu hamil dari serangan penyakit yang disebabkannya.


0 comments:

Post a Comment