Makanan
yang tidak sesuai bagi ibu mengandung
Bukan
semua makanan adalah sesuai bagi ibu mengandung walaupun mereka terlalu
inginkannya. Untuk kebaikan dan kesihatan ibu dan kandungannya, makanan-makanan
seperti berikut dinasihatkan supaya tidak diambil semasa mengandung.
- Makanan laut seperti tiram dan kerang
- Makanan yang separa masak (sushi dll)
- Elakkan pengambilan kekacang (kurangkan risiko alahan kekacang pada
bayi)
- Elakkan makanan yang diproses (sosej dll)
- Elakkan makanan atau minuman yang mengandungi alkohol
Jangan
berdiet semasa mengandung!
Berdiet
semasa mengandung adalah sesuatu yang tidak sesuai kerana ianya mungkin
memudaratkan kesihatan dan tumbesaran bayi anda kerana kekurangan zat-zat dan
nutrisi yang diperlukan. Anda perlu ingat pertambahan berat badan adalah tanda
positif bagi kehamilan yang normal dan sihat.
Tetapi
jika berat badan anda naik secara berlebihan dan memdadak, anda mungkin boleh
mengubah pengambilan diet anda dan lakukan senaman (atas nasihat doktor
sahaja).
Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil
1.Sayur -Sayuran
Semasa
trimester awal kehamilan (3 bulan pertama mengandung) memang ramai ibu hamil akan
mengalami gejala loya dan muntah muntah atau morning sickness. Jika
puan mempunyai keadaan yang sama, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau
kerana ia kaya dengan pelbagai zat untuk ibu dan bayi. Sayur sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan
sangat berkhasiat dengan vitamin & zat besi yang diperlukan untuk
pembentukan hemoglobin dalam badan.
2.
Produk tenusu (Diperbuat dari susu)
Semua
produk yang diperbuat dari susu kaya dengan protein untuk kegunaan ibu hamil. Sangat
penting bagi puan untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi
semasa mengandung cukup untuk keperluan seharian.
Antara
fungsi protein dari produk tenusu untuk puan semasa hamil ialah
1.
Pembinaan
jaringan sel bayi
2.
Memulihkan
jaringan yang rosak
3.
Bahan
mentah untuk membina otot.
Selain
protein, kalsium yang banyak boleh diperolehi daripada hasil tenusu.
Bekalan
kalsium yang mencukupi semasa hamil penting
1.
Dalam
pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan
2.
Dan
mengelakkan tulang ibu reput (osteoprosis) kerana bayi mengambil dari ibunya.
Antara
produk tenusu yang baik untuk di makan semasa hamil adalah seperti keju, yogurt,
susu. Sekali lagi, puan puan mestilah memastikan produk tenusu ini telah pun
dipasteur terlebih dahulu supaya ia selamat dimakan semasa hamil.
3.
Buah-buahan
Jika puan sedang
hamil , puan boleh teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkan
stamina dan membekalkan tenaga kepada ibu mengandung. Buah
buahan kaya dengan vitamin yang mengurangkan loya dan alahan hamil, mineral dan
membekalkan serat yang juga membantu lebih lawas. Dan mencegah sembelit.
Sembelit
semasa tak mengandung? Sakit.
Sembelit
semasa mengandung? Lagi Sakit.
Jika
puan rasa jemu untuk makan buah setiap hari, tambahkan sedikit daya
kreativiti.Bekukan buah buahan tersebut dan kisar menjadi jus, salad dan
smoothies. Apabila badan cukup vitamin dan mineral, ibu mengandung dan
anak dalam kandungan akan lebih kuat dan kebal dari penyakit.

4. Bijirin
Ambillah makanan berasaskan
bijirin setiap hari sebagai amalan yang baik untuk ibu hamil. Tetapi,
ambil tahu juga kandungan gula didalam makanan tersebut untuk mengelakkan
pengambilan gula yang berlebihan. Antara makanan berasaskan bijirin yang
mengandungi gula yang tinggi adalah bijirin sarapan pagi. Sumber
bijirin yang lebih baik untuk sajian ibu mengandung adalah roti bijirin yang
berserat penuh. Terutama yang mempunyai indeks glisemik yang
rendah. Ini kerana ia lebih lambat diserap dan tidak meninggikan paras gula
dalam darah dengan mendadak. Puan juga akan kenyang lebih lama.
Jadi peluang untuk berat badan naik mendadak semasa mengandung lebih rendah.
Bijirin juga mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium
yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin
dalam kandungan.

5.Makanan laut
Pembentukan otak janin sangat
pesat berlaku sejak awal kehamilan lagi. Bagi membantu anak anak
kita lebih pintar, ibu hamil perlu makan makanan yang baik untuk otak.Selain
kekacang, makanan laut juga kaya dengan omega 3. Jadi, ibu ibu
mengandung sangat disarankan mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak
omega 3 dan tinggi protein supaya otak janin cukup khasiat untuk perkembangan
minda. Ambillah makanan laut seperti ikan, udang, sotong. Tetapi,
berhati hati juga dengan sumber makanan laut tersebut. Kenapa kena hati
hati? Sebab ada hidupan laut, terutama dari lautan dalam tercemar dengan
merkuri. Merkuri sangat bahaya untuk ibu dan bayi.

0 comments:
Post a Comment