Wednesday, 21 March 2018

RESEPI KEK COKLAT KUKUS


Assalamualaikum.Salam sejahtera.Hello..

Nina nak share resepi kek coklat kukus yang selalu nina buat dirumah untuk anda semua..Semoga apa yang nina nak share membantu anda sedikit sebanyak. Bahan -bahan yang diperlukan amatlah mudah untuk anda dapatkan di pasaraya-pasaraya atau di kedai-kedai kek.

Nina memang suka makan kek coklat kukus ni yang resepinya di ajar oleh mak nina sendiri. Lepas nina dapat tau pregnant je, memang nina suka makan manis-manis salah satunya kek coklat yang nina buat sendiri..Memang nina akan buat kek coklat kukus ni dengan kerap..Bila kawan-kawan tengok instagram personal nina (nynazakaria) masa pregnant dulu asyik buat kek coklat kukus je..Sampai suami nina pon cakap tak sudah -sudah kek coklat kukus je...Oleh itu , nina nak share dengan korang cara-cara nak buat kek coklat kukus dengan mudah menggunakan sukatan cawan.

KeK Coklat KuKus Moist
by : Nyna Zakaria


Bahan-Bahan A

  • Tepung Gandum ( 2cawan )
  • Serbuk koko ( 6 sudu makan )
  • Serbuk Penaik ( 1 sudu kecil )
  • Soda Bikarbonat ( 1 sudu kecil )
Bahan B 
  • Telur ( 3 biji )
  • Esen Vanilla ( 1 sudu )
Bahan C
  • Minyak Masak ( 1cawan )
  • Susu Manis ( 1 cawan )
  • Air Panas ( 1 cawan 
  • Gula ( 1 cawan )
Alat :
  • Pengukus
  • Loyang (bulat/segi empat )
  • Alat pemukul telur ( mixer)
  • sudu
  • cawan 
Cara -caranya :

  1. Ayak bahan A tepung gandum,serbuk koko,serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  2. Pukul Bahan B telur bersama esen vanilla 1-2 minit di dalam mangkuk.
  3. Masukkan Bahan C gula,susu kedalam telur. Dan kemudian masukkan minyak masak dan air panas. Pukul secara perlahan. 
  4. Campurkan bahan A kedalam bahan B&C. Pukul secara perlahan -lahan.
  5. Apabila campuran sudah sebati. Masukkan ke dalam loyang  dan kukus selama 40 minit. 
  6. Apabila kek sudah masak, keluarkan daripada pengukus dan biarkan ia sejuk sedikit. Siap untuk dihidang.

Mudahkan cara buat kek coklat kukus ni..Bak kata orang tua-tua pejam mata pon boleh buat..Tapi kalau nina pejam mata jawabnya terburai semuanya.ok, selamat mencuba ye resepi nina ni. Untuk toppingnya pula anda search sahaja banyak resepi coklat ganache yang anda akan jumpa..

0 comments:

Post a Comment