Saturday, 14 April 2018

KISAH PENGASAS SHAKLEE


Sejarah Pembinaan Shaklee

Dr.Forest C Shaklee ( Pengasas Shaklee


1.Diuji  dengan tuberculosis sejak lahir

Beliau dilahirkan di lowa pada tahun 1894. Mengikut kisah,beliau tidak menangis sebagaimana bayi yang lain. Malah tubuhnya pucat dan biru menyebabkan bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk meransang pernafasannya. Beliau telah disahkan menghidap tuberculosis (batuk kering)  sejak lahir. Doktor yang merawatnya menjangkakan hayat beliau boleh bertahan sampai usianya 8 tahun saja.

Mak ayah beliau tidak dapat menerima kenyataan ini. Jadi mereka sekeluarga berpindah ke sebuah ladang di utara lowa di mana tanahnya subur dan persekitarannya segar dan bersih. Mereka percaya dengan udara yang bersih dan segar makanan yang kaya dengan nutrisi yang berkualiti serta rehat yang mencukupi dapat bantu menyembuhkan anak mereka. Walaubagaimanapun kesannya lambat,tetapi akhirnya anak mereka sembuh dari tuberculosis.

2.Memilih menjadi Chiropractor.

Semasa zaman remajanya, Dr Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Benarr Macfadden dalam majalah "physical magazine' yang mengatakan  dadah (ubat) hanyalah menutup simptom tanpa mengubati penyakit. Dari sini beliau mula percaya bahawa manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini mendorong minat beliau ke arah science of chiropractic care.

Minat beliau terhadap nutrisi bermula ketika menjadi chiropratic practitioner. Beliau banyak membaca mengenai kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915 beliau telah berjaya mencipta supplement pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "vitalized Minerals" yang sekarang dikenali Vitalea.




3.Diuji dengan kanser.

Pada tahun 1921 beliau diuji dengan penyakit kanser dipercayai berpunca dari pendedahan yang terlalu lama terhadap sinaran X..ketika itu Dr Shaklee banyak menghabiskan masa mengkaji tentang Xray diagnosis.

Pakar menasihatkan lengan kiri dan kaki beliau dipotong untuk menyelamatkan nyawa beliau. Dr shaklee tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa "dikudungkan" memandangkan ketika itu kerjayanya sebagai doktor baru mula naik dan isterinya pula mengandung. Akhirnya beliau nekad bergantung sepenuhnya kepada kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau memulakan rawatan intensif dengan nutrisi membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa.Beliau hanya makan  buah dan sayuran yang segar serta mengambil supplemen dalam kuantiti yang tinggi. Dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa penyembuhan  semulajadi  dan pemikiran yang positif akhirnya beliau disahkan bebas dari kanser. Bermula dari sini beliau semakin yakin bahawa nutrisi yang bagus dapat membantu orang lain untuk hidup sihat.





4. Pembukaan Shaklee Corporation.

Atas kesedaran betapa nutrisi yang bagus boleh merawat penyakit, Dr.Shaklee bersama 2 orang anaknya memulakan bisnes mengedarkan supplemen. Mereka menubuhkan Shaklee Corporation di kala usia Dr. Shaklee mencecah 62 tahun. Cabaran untuk mereka ketika memulakan bisnes ini adalah untuk menyakinkan rakyat Amerika tentang kepenting suplemen. Ini kerana ketika itu, rakyat Amerika percaya bahawa negara mereka adalah the best fed nation.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen dapat disebarkan, Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.






0 comments:

Post a Comment