MEE BESEN MELAKA
Mee Besen adalah salah satu tempat persinggahan untuk Pelancong mahupun pengunjung yang datang ke Melaka untuk mencari makanan yang viral di Melaka kini . Saya juga adalah diantara salah satu penggemar dan peminat Mee Besen Melaka. Sejak ia mula dibuka di Pangsapuri laksamana,Bandar Hilir sehingga kini ia sudah berada di Durian daun Melaka saya sudah repeat sebanyak 5X (betul tak tipu) ...Dengan harganya yang berpatutan dan rasanya sangat berpuas hati. Daripada saya belum berkahwin hingga sudah mempunyai anak masih menjadi penlanggan no 1 Mee Besen Melaka.
Apa itu Mee Besen?? Ia adalah Mee sup ( Ayam/ Daging) yang diletakkan didalam sebuah besen yang mempunyai saiz S,M,L bermula daripada harga RM8 keatas /besen. Manakala anda juga boleh membuat pilihan Mee apa yang anda mahukan samada mee soya,kuew tiaw,mee kuning,mee hoon . Bestkan , anda boleh buat pilihan mee mana yang anda minat..Dulunya semasa permulaan mee besen hanya ada mee soya sahaja, kini sudah mempunyai banyak pilihan dengan harga yang berbaloi.. Biasanya saya dan suami hanya ambil mee besen (kuew tiaw) saiz S feberet kami sekeluarga cukup untuk 2 orang makan.
Menu apa lagi yang ada di Mee besen??
Talam western,mini talam western,Nasi goreng lambak,shellout dan cendol,milo kepal, minuman juga konsep ala-ala hipster..
Dan menjadi faberet saya dan keluarga juga adalah mini talam western..Alahai tengok gambar je dah terliur kalau dah makan lagi lah..Sedapnya..Bayangkan dah 5x repeat rasa tu dah lekat di tekak..hahaha..Air pon boleh share2 sebab yang ada gelas besar boleh minum 2 orang..
Gambar kami di Mee Besen Melaka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau ada yang nak cuba boleh datang ke alamat ini :
pusat niaga durian daun,Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Bukit Gedong
Melaka
facebook : MeebesenOriMelaka
Instagram : Meebesenori
0 comments:
Post a Comment