Saturday, 31 March 2018

PUREE BABY 6 MONTHS



Puree Makanan Pejal  Pertama Bayi 6 Bulan




Assalamualaikum  ,hi mommy2 semua. Mesti setiap kali anak atau bayi  menghampiri usia 6Bulan mommy-mommy semua mula research, cari knowledge,atau mula bertanya pada ibu-ibu yang mempunyai pengalaman mengenai makanan pejal apa yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan sebagai makanan permulaan yang sesuai. 



Termasuklah saya,seorang ibu yang ingin tahu makanan pertama yang ainul perlu ambil sebagai pemula.Banyak persoalan yang bermain difikiran..Ada yang memberi info makanan pertama bayi adalah bubur nasi yang telah di ‘blend’ halus dicampur serbuk ikan bilis,broccoli,ayam ,ada yang kata puree buah dan sayur, dan saya sendiri lihat di dalam buku kesihatan anak/bayi contoh menu2 yang perlu diberi kepada anak atau bayi berusia 6 Bulan apabila sudah tiba masa untuk mereka ambil makanan pejal. 





Apa itu makanan pejal atau makanan yang sesuai untuk anak atau bayi yang baru memasuki fasa penerimaan makanan pejal ?? Semasa checkup ainul diklinik desa semasa 5months,Jururawat masyarakat menasihatkan agar tidak memberi sebarang makanan sehingga bayi atau anak memasuki umur mereka genap 6 Bulan..ini kerana dikhuatiri boleh menganggu sistem pencernaan bayi kerana belum bersedia untuk menerima bahan pejal sehingga bayi benar-benar boleh menerima makanan pejal pada usia 6 bulan..



Selepas research dan cari info saya membuat keputusan untuk memberi Ainul Mardhiah Puree Buah dan Sayur sebagai makanan pejal pertama yang dia perlu ambil..Walaupon ada yang kata nanti ainul tak kenyang,nanti ainul lapar saya rasa pilihan saya adalah yang terbaik..







6Months (Buah dan Sayur)


1.Puree Pear (pir)

2.Puree Labu

3.Puree Lobak

4.Puree sweet potato

5.Puree Apple



(Puree diberi kepada bayi selama 4hari berturut turut untuk mengesan penerimaan makanan tersebut .Kita dapat mengesan sekiranya bayi tidak suka,allergi,mengalami masalah pencernaan,mengalami sembelit akibat pemakan pejal tersebut. So kalau kita rasa puree tersebut tidak sesuai untuk bayi kita,kita perlu beri puree yang boleh diterima oleh bayi yang tidak memberi kesan negetif .)


0 comments:

Post a Comment