Gaya hidup seharian kita sememangnya mempengaruhi sistem pencernaan kita, sekiranya kita mengamalkan pemakan yang sihat maka hasilnya sistem pencernaan kita sihat . Oleh itu, anda harus mengambil langkah-langkah bagaimana untuk mendapatkan sistem pencernaan yang sihat.
9 Tips Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anda
1.Teruskan Mengunyah.
Satu tips yang mudah namun memberikan kesan yang besar kepada sistem pencernaan anda ialah dengan mengunyah. Perbuatan mengunyah sering kali dipandang dengan sebelah mata, namun ia sangatlah penting bagi proses pencernaan yang baik. Lebih banyak anda mengunyah di dalam mulut, lebih sedikit kerja yang diperlukan selepas itu. Otak anda juga memerlukan sedikit masa untuk menerima isyarat bahawa anda sudah kenyang, jadi ambil masa untuk mengunyah kita-kira 20 hingga 30 kali sebelum menelan makanan anda. Berikan perut anda untuk bersedia sebelum menerima makanan yang akan masuk ke dalamnya.
2.Banyak Makan Makanan Berserat.
Adalah penting untuk anda mengambil serat bagi membolehkan makanan terus bergerak melalui usus dengan lancar. Terdapat dua jenis serat – serat larut dan serat tak larut. Serat larut seperti sayur-sayuran dan bijirin akan menyerap air daripada tinja supaya ia tidak menjadi terlalu cair. Serat tak larut membantu menjadikan tinja lebih berketul-ketul. Dengan memadankan makanan yang berlemak dengan serat, tubuh badan anda akan mampu untuk memecahkian makanan berlemak yang mana kebiasaannya tidak dapat dicerna dengan mudah.
3.Minum Air secukupnya.
Tambahkan lebih banyak air dalam diet anda yang akan membantu proses pencernaan dengan melarutkan lemak dan lemak terlarut – ini akan membantu makanan untuk melepasi usus anda dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah namun memberikan kesan yang besar. Hal ini adalah disebabkan oleh, terlalu sedikit air dalam badan akan menyebabkan tinja menjadi keras dan sukar untuk melalui kolon.
4. Bersenam.
Gerakkan tubuh badan anda dengan cara berjalan atau berjoging, mengangkat beban ataupun melakukan senaman yoga. Cara ini akan membolehkan makanan anda digerakkan melalui sistem pencernaan serta merangsang otot-otot saluran tersebut. Perkara ini penting disebabkan oleh dinding kolon anda perlu untuk mengecut apabila tinja melaluinya dan dengan cara bersenam, ia akan menguatkan otot tersebut.
5.Mengurangkan Tekanan Anda.
Rasa tertekan atau resah boleh menyebabkan sistem pencernaan anda terjejas disebabkan oleh otak dan sistem pencernaan tersebut saling berhubung. Tekanan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sindrom perut luka serta ulser. Bagi mengawal masalah seperti ini, anda boleh cuba senaman yang menenangkan seperti bernafas dalam-dalam, bermeditasi ataupun berdoa.
6. Berhenti Merokok.
Merokok boleh memberikan kesan negatif kepada sistem pencernaan anda disebabkan oleh ia akan melamahkan injap yang berada di hujung esofagus dan akhirnya akan menyebabkan refluks asid serta pedih ulu hati. Merokok juga akan meningkatkan risiko kanser perut.
7. Pengurangan Berat Badan.
Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun pun sudah cukup untuk menyebabkan masalah pencernaan. Hal ini adalah disebabakan oleh, injap yang terletak di antara perut dan esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut untuk kembali masuk semula ke dalam esofagus semula. Dengan cara pengurangan berat badan, anda seolah-olah mengurangkan tekanan dan membenarkan sistem pencernaan anda berjalan dengan baik.
8. Makan Makanan Suam.
Limpa akan menjadi aktif bekerja dalam suasana yang suam. Hal ini disebabkan oleh enzim pencernaan kita memerlukan keadaan suam bagi memecahkan makanan dengan baik. Keadaan makanan dan minuman yang terlalu sejuk akan boleh menyebabkan fungsi limpa akan terganggu. Jadi, makan makanan yang suam akan lebih mudah untuk dihadam. Sertakan sup, sayur-sayuran yang dimasak atau teh ke dalam diet pemakanan anda.
9. Makan Makanan Tambahan Untuk kesihatan.
Dalam produk Shaklee kita ada makanan tambahan untuk anda yang sesuai untuk kesihatan sistem pencernaan "Herb-lax" . Herb-lax shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
Berikut adalah 9 Tips yang saya kongsikan untuk anda diharap ianya bermanafaat dan boleh diambil sebagai rujukan. Untuk Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee anda boleh hubungi saya kerana saya adalah pengedar sah produk shaklee.
Pengedar Produk Shaklee
(+60149365843)
Pos Ke Seluruh Malaysia
0 comments:
Post a Comment