Wednesday, 18 April 2018

EKZEMA PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa). Mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. 

Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahunBerita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.



Apa yang menyebabkan ekzema?

  1. Keturunan.
  2. Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  3. Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  4. Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
  5. Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.


      Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
      Ekzema kelihatan seperti:
      • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
      • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
      • Bengkak kecil yang berair.
      Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
      • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
      • Elakkan mandi air panas/suam.
      • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
      • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
      • Elakkan dari fabrik yang kasar.
      • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
      • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
      • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

      Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
      • Ubat pencegah gatal 
      • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
      • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
      • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan. - Herbal blend shaklee 





      TESTIMONI 1


      TESTIMONI 2



      Jika anda berminat dengan Herbal Blend Shaklee boleh Whatsapp saya di +60149365843  untuk sebarang pertanyaan mengenai produk. Diharap perkongsian saya ini memberi manafaat dan kebaikan kepada anda.terima kasih.

      0 comments:

      Post a Comment