Wednesday, 18 April 2018

SEMBELIT PADA BAYI DAN KANAK-KANAK TANPA UBAT




Adakah anak anda mengalami  sembelit? Ini memang masalah yang sangat biasa pada kanak-kanak. Sembelit di kalangan bayi berusia kurang setahun dengan kanak-kanak yang berusia lebih setahun ketara berbeza.

Terdapat banyak kemungkinan penyebab sembelit

Tetapi di peringkat awal terutama bayi yang sembelit perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu samada ia normal atau tidak.
Ini kerana di peringkat usia bayi kurang setahun ini banyak kemungkinan tanda masalah yang bakal berlaku apabila mereka kian membesar seperti masalah anatomi dibahagian rektum atau anus.
Sembelit pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya sangat jarang berlaku berbanding bayi yang diberi minum susu formula. Kebarangkalian bayi kecil yang minum susu formula adalah tinggi untuk mengalami masalah sembelit ni
Tapi jangan risau ia adalah normal jika bayi sudah mula makan makanan pejal. Faktor dehidrasi yang teruk juga menjadi punca bayi dan kanak-kanak sembelit.
Bayi dan kanak-kanak yang sukar membuang air besar dengan baik akan selalu meragam kerana rasa tak selesa. Bukan sahaja sukar mengeluarkan najis yang keras dan banyak tetapi ada juga yang mengalami luka dan pendarahan setiap kali untuk membuang.
Kalau dah sampai tahap pendarahan dan luka tu memang kesian sangat pada si kecil, mesti fobia kan setiap kali nak membuang. Kita yang dewasa ni pun kalau sembelit tak tahan nak menanggung sakit tu pedih lagi. Ni anak kecil lagi bertambah sayu tengok kan ? Sebelum tu kita semak dulu tanda-tanda awal sembelit ni.

Tanda - Tanda Bayi Atau Kanak-Kanak Sembelit Ketika Membuang Besar
  • Kanak -kanak/Bayi Menangis 
  • Kanak-kanak/Bayi menunjukkan resah dan tidak selesa
  • Kanak-kanak yang lebih besar mengadu rasa sakit
  • Kelihatan Meneran ketika membuang air besar
  • Najis kelihatan kering,keras.

Punca Berlaku Sembelit
Anak yang mengalami sembelit tidak mengalami masalah besar yang lain cuma usus besar mereka tak stabil dan ia mudah menjadi kembung kerana usus besar menyerap terlalu banyak air keluar daripada najis dan menjadi najis keras dan susah nak dikeluarkan.
1.    Bayi yang diberi susu tepung lebih tinggi untuk mengalami sembelit
2.    Bayi yang lahir kurang hormon thyroid (hypothyroid) selalu mengalami masalah sembelit
3.    kanak-kanak tidak gemar ke tandas.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelakkan Bayi/Kanak-kanak Sembelit

1.   Untuk melembutkan najis kanak-kanak pada usia setahun dan ke atas adalah dengan bantuan makanan tambahan seperti Mealshakes iaitu sejenis multivitamin.

2.   Tambahan vitamin lain juga sangat membantu seperti Vitalea KidsOmegaguard, Chewable Viit C dan Mealshakes . Bantuan makanan tambahan sangat-sangat membantu kanak-kanak yang ada masalah sembelit selain daripada ubat. Sangat penting nutrisi yang lengkap untuk kanak-kanak terutama untuk saraf otot dibahagian usus. Kelegaan pertama biarkan usus kembali sihat dan pembuangan lancar.

3.   Untuk bayi sediakan makanan separuh pejal yang lembut dan mudah dihadam.

4.   Buat gerakan seperti mengayuh basikal dalam posisi baring. Kaedah ini boleh membantu najis bergerak di dalam usus.

5.   Tukar jenama susu formula jika perlu

6.   Kekerapan pengambilan cecair bagi :
  •       bayi yang menyusu badan berikan susu dengan lebih kerap
  •      bayi yang minum susu formula berikan juga air kosong terutama pada cuaca panas
  •      kanak-kanak yang lebih besar tawarkan jus buah-buahan yang digemari seperti jus buah seperti prun, tembikai atau sebagainya dalam kadar yang bersesuaian
  •      berikan buah-buahan segar sebagai snek seperti betik, pir dan lain-lain







0 comments:

Post a Comment