Wednesday, 18 April 2018

TERAPI KETAWA





Kenapa kita perlukan terapi ketawa?? Ketawa ialah satu kualiti hebat yang tersimpan dalam diri manusia yang apabila dilepaskan akan mengubah keseluruhan hidup seseorang individu menyebabkan mereka merasai kebahagiaan.Terapi ketawa ini juga berfungsi  untuk memulihkan banyak penyakit berkaitan dengan perut. Ketawa yang kuat secara berdekeh-dekah seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari.




Kebaikan Terapi Ketawa 

1. Meningkatkan Sistem imun.

2.Meningkatkan hormon endorphine.

3.Memperbaiki Pernafasan.
Aktiviti terapi ketawa adalah satu bentuk senaman pernafasan yang mempunyai kebaikan kepada paru-paru dan jantung yang keseluruhannya mempunyai 12 langkah.

4.Mengurangkan stress.

5.Melindungi jantung.
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.


6.Menghilangkan Sakit.
Dengan ketawa juga membantu menghilangkan kesakitan walaupun ia hanya sementara.
Berdasarkan kajian pesakit kanser yang melalui terapi ketawa membantu menghilangkan seketika perasaan sakit yang dilami mereka

7.Kurang sikap agresif.
Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

8.Merupakan senaman.
Kajian juga menunjukkan hasil terapi ketawa yang berulang sebanyak 100 kali, ibarat seperti jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.


9.Meningkatkan ketahanan tubuh.
Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

10.Meningkatkan kemahiran bersosial.
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

0 comments:

Post a Comment