Wednesday, 18 April 2018

TIPS PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT SEMASA BERBUKA PUASA



1.Mulakan dengan yang ringan dan mudah dihadam seperti kurma,buah-buahan & Jus Buah-buahan . Ini dapat memberi tenaga segera kepada Tubuh.

2.Banyakkan minum air kosong.

3.Elakkan berbuka dengan kopi atau teh  ini kerana kopi dan teh mengandungi kafein  yang membuatkan anda kerap membuang air kecil.

4. Elakkan berbuka dengan air berkarbonat, kerana ia akan menyebabkan anda mengalami perut kembung dan berangin.

5. Jika membeli juada di bazar Ramadhan elakkan memilih juadah atau makanan yang berminyak dan bersantan

6.Pilih Makanan yang berkarbohidrat seperti nasi,mee atau roti berbanding kuih muih. Kuih muih manis mengandungi gula yang tinggi yang menyumbangkan lebihan kalori.

7.Perbanyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi  seperti kekacang ,produk bijirin penuh , buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan rasa lapar pada siang hari.

8. Kurangkan pengambilan air manis semasa berbuka bagi mengelakkan ketikselesaan perut.

9.Pengambilan makanan yang pedas serta berempah adalah tidak digalakkan semasa berbuka. Dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut disiang hari.

10. Pilih makanan yang dipanggang,kukus,rebus . Jika mahukan makanan bergoreng, sila gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit ketika memasak.

11.Hidangan utama boleh diambil selepas menunaikan solat magrib  bagi mengelakkan ketidakselesaan perut akibat kekenyangan.

0 comments:

Post a Comment