Makanan adalah pepejal dan cecair yang membekalkan tenaga kepada tubuh, dan mengandungi unsur-unsur nutrien serta mempunyai ciri-ciri dari segi rupabentuk, warna, tekstur, rasa dan bau. Keperluan makanan bagi manusia penting dalam memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Melalui makanan berkualiti dan berkhasiat, mampu memberikan keperluan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
Kesan kepada kesihatan dalam pengambilan sesuatu kumpulan makanan secara kurang atau berlebihan turut dikupas secara terperinci. Ia penting bagi merancang pemakanan yang seimbang. Panduan Pemakanan Sihat membantu dalam menerangkan amalan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang betul dan teratur akan mempengaruhi gaya hidup, kerjaya dan kesihatan kita.
Berikut adalah panduan yang perlu kita ikut tentang makanan yang sihat dan perlu kita amalkan.
1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori
2.Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda.
3.Lakukan aktiviti fizikal secara berkala setiap hari.
4.Makan nasi atau produk bijirin lain secukupnya (utamakan bijirin penuh ) serta ubi-ubian.
5.Utamakan makanan yang
- lebih serat, sayuran dan buah-buahan
- Tinggi serat (wholemeal)
- Kurang lemak, minyak dan garam.
6.Makan 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari. Pilih buah-buahan dan sayuran yang segar.
7.Makan ikan,daging,telur, kekacang dan bijian secara sederhana.
8.Ambil susu dan produk tenusu secukupnya. Utamakan penggunaan susu rendah lemak untuk membancuh kopi atau teh.
9.Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. Pilih jenis masakan yang kukus,panggang,rebus dan bakar.
10.Kurangkan pengambilan garam,sebuk asam/petis,kicap,belacan,budu dan sos. Pilih dan sediakan kandungan makanan yang kurang garam dan jenis-jenis sos.
11.Kurangkan pengambilan gula /air gula/krimer manis dalam minuman anda. 1 sudu teh (5gm) gula sudah cukup untuk secawan minuman 200ml.
12. Minum 6-8 gelas setiap sehari. Utamakan air kosong sewaktu makan.
13.Pilih makanan dengan saiz hidangan yang lebih kecil .
14.Pilih minuman dan makanan yang bersih dan selamat.
15.Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.
Gaya hidup memainkan peranan yang amat besar. Kurang senaman, tekanan, cara pengambilan makanan yang salah, menyumbang kepada kelemahan sistem tubuh. Mengikut gaya hidup yang sihat bukanlah jaminan bahawa seseorang itu tidak akan mempunyai masalah kesihatan, tetapi ia dapat mengurangkan risikonya .Pemilihan Makanan yang sihat penting untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat kepada orang ramai selain ia boleh menggelakkan diri dari mendapat penyakit kronik. Diharap segala panduan yang saya kongsikan ini memberi manafaat kepada anda semua..
0 comments:
Post a Comment